Tuesday, June 24, 2014

IMAN, TAQWA DAN HATI

IMAN, TAQWA DAN SOLAT

Ada berapa pekerjaan di dunia ini?   Petani, nelayan, pemimpin, guru, lawyer, buruh, accountant dan bermacam2 lagi jenis pekerjaan..

Ada berapa jenis amal agama ?    Amal agama yang khusus pun ada bermacam2 juga, seperti solat, zakat, puasa, sedekah, haji dll.

Daripada semua itu, hakikatnya hanya IMAN, TAQWA dan SOLAT adalah yang paling berat, yang mana jika ia baik, maka amal2 yg lain itu akan mengikutinya.

HUBUNGAN HATI DENGAN ALLAH

IMAN, TAQWA dan SOLAT mengandungi inti yg sama, iaitu melibatkan HATI dan hubungan dengan ALLAH.
Berkenaan Iman, Allah menyebutkan berkenaan IMAN yg belum masuk ke dalam HATI sebagaimana dalam surah Al-Hujurat : 14ٌ

Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', kerana IMAN ITU BELUM MASUK KEDALAM HATIMU ; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Begitulah yang sebenarnya, Iman itu hendaklah masuk ke dalam hati. Jangan dibiarkan ia di luar sahaja, dalam fikiran atau hanya merupakan ucapan di mulut.

Kata Hassan al Basri : Baik atau buruk seseorang itu bergantung kepada hatinya. Andai hatinya bersih, tercermin pada perbuatannya. Andai hatinya kotor, terpapar pula pada perlakuannya.

HATI PERLU DIJAGA

Hati itu adalah ibarat bayi kecil yang perlu dipelihara, kerana sewaktu kecil begitu ia sangat mudah jatuh sakit. Itulah tiflu al ma'ani. Ia adalah kurnia Allah yg paling berharga kepada kita, perlu dijaga dan disyukuri..
As-Sajdah : 9َ

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.

BAGAIMANA CARANYA ?

Penjagaan HATI itu ialah dengan melalui ingatan yg berpanjangan, disertai sepenuh penumpuan kepada ALLAH SWT. Itulah maksud dari kalimat KONSENTRASI. Konsentrasi itu pula bermula dengan RASA.

Apabila HATI itu berterusan didodoi dan disusukan dengan INGATAN KEPADA ALLAH, maka lama kelamaan ia akan membesar dengan sihat, dan ia akan selalu bersama dengan PENCIPTA-nya.
Al-Hadid : 16َ

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

HATI AKAN DIPERIKSA

Hati itulah yang menjadi objek pemeriksaan Allah swt. Ini adalah sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w:“ Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu, sebaliknya Ia melihat hati serta amalan kamu.’ (Hadis riwayat Muslim).

HATI YANG TENANG

Hati yg telah dididik dengan konsentrasi, dengan latihan yang terlampau banyak akan sentiasa di dalam keadaan tenang dan tenteram mengingati Allah.. Ar-Ra'd : 28ُ

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Dan hati yang tidak dipelihara dengan baik adalah ibarat bayi yang ditinggalkan di tempat pembuangan sampah, dihurung lalat, semut, lipas dan tikus. Akhirnya ia akan dijangkiti kuman-kuman yang membawa penyakit berbahaya.
Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka jika dia mengingati Allah, dia pun lari daripadanya. Jika dia lupakan Allah, syaitan akan mengunyah hatinya.” (Hadis riwayat Ibnu Abu Dunya).

ATOM

ATOM

Jisim terbentuk dari zarah-zarah atom. Zarah atom terbentuk dari apa?

Kata  ATOM adalah berasal dari istilah Yunani yg bermakna benda yg paling kecil, paling halus dan tidak boleh dibelah lagi. Pada asalnya ia adalah merupakan satu kata filosofi shj tanpa pembuktian secara saintifik. Tetapi pada 1800+  pakar sains telah dapat membuktikan kebenaran teori zarah yg paling halus itu, tetapi ia bukanlah zarah yg tidak boleh dibelah. Zarah yg paling halus itu pula terdiri dari 3 bahan utama iaitu proton, neutron dan elektron. Inilah 3 bahan utama yang membentuk jisim.

Secara filosofi, apabila kita melihat sesuatu jisim, atau mass, apa yang kita lihat ialah ENERGY atau tenaga. Tenaga itu pula adalah tidak lain melainkan SIFAT semata-mata. Semuaa benda yg kita boleh sentuh dan lihat itu adalah tenaga pada hakikatnya dan tenaga itu pula adalah SIFAT. Dari yg paling bawah lapisan bumi yang 7, hingga ke atas 7 petala langit, semuanya adalah tenaga dan tenaga itu adalah sifat.

Pakar sains tidak berhenti mengkaji untuk mengetahui sifat atom atau jisim itu, hingga akhirnya mereka dapat membuktikan bahwa jisim yang dibentuk oleh koleksi atom adalah sebenarnya masih boleh dihancurkan hingga musnah. Apa yang terhasil dari kemusnahan jisim ialah tenaga atom, atau tenaga nuklear yg sangat kuat. Formula persamaan jisim dan tenaga itu telah dijumpai oleh Albert Einstein, iaitu E=mass  X  C  x  C . C adalah kelajuan cahaya.. Kelajuan cahaya ialah 299,792-458km/saat.

So the energy equivalent of one gram (1/1000 of a kilogram) of mass is equivalent to:89.9 terajoules25.0 million kilowatt-hours (≈25 GW·h)21.5 billion kilocalories (≈21 Tcal) [33]85.2 billion BTUs[33]or to the energy released by combustion of the following:21.5 kilotons of TNT-equivalent energy (≈21 kt) [33]568,000 US gallons of automotive gasoline

Berapakah kuantiti tenaga di dalam 1gm jisim?
Ia mengandungi 21.5 kiloton TNT atau sama dengan tenaga yg terhasi dari 568,000 gelen US  gasoline!

Cahaya dan nyala api juga adalah sifat. Bunyi yg kita dapat dengar adalah tenaga dan ia adalah sifat. Haba adalah tenaga dan ia adalah sifat. Tenaga letrik sudah barang tentu adalah tenaga, dan ia adalah sifat. Semuanya itu adalah sifat, tetapi telah dibentuk, difesyen menjadi cahaya, nyala api, electromagnet dan jisim. Kemudian semuanya itu diberi aturan yang tertentu yang dipanggil SUNNATULLAH. Dalam bahasa sains moden sekarang adalah hukum fizik.

DARI MANA DATANGNYA SEMUA ITU

Dari mana dan siapakah sumber atau punca kesemua sifat yg begitu hebat itu. Siapakah ZAT yg empunya segala sifat itu? Apabila ada sifat, sudah tentu SIFAT itu adalah manifestasi dari ZAT. Sudah tentulah ZAT yang pasti wujud itu adalah ZAT ALLAH, yg tidak sama dengan hakikat keujudan semua makhluk yg fana ini !

Allah itu wujud dan kewujudannya adalah sebenar-wujud. Kewujudan makhluk pula adalah bagaikan fatamorgana, kerana hakikatnya makhluk itu adalah manifestasi dari sifat KUASA ALLAH jua. Apabila cahaya matahari menyinari gurun yg panas, udara yg panas di atas gurun itu membentuk seakan-akan air ditengah padang pasir, padahal ia hanyalah udara panas semata-mata. Ada tetapi tiada, tiada tetapi ada.

Dengan ilmu Allah yg Maha Hebat, dibentuknya tenaga menjadi atom, atom membentuk jisim, jisim membentuk alam, terhasil juga tenaga elektromagnetik, cahaya, nyala api dll, maka terbentuklah alam kasar ini yg terikat dengan peraturan yg begitu rumit, dan menyeluruh.. TIDAKLAH KAMU LIHAT PADA PENCIPTAAN AL RAHMAN ITU SESUATU YG TIDAK SEIMBANG. LIHATLAH PADA KALI KEDUA, PASTI MATAMU AKAN TERTUNDUK DENGAN LEMAH...

TERCENGANG

Dari mana datangnya kami ini? Begitulah minda mereka tercengang kehairanan memikirkan akan hakikat keujudan alam dan dan diri mereka sendiri. Sebahagian dari mereka itu akhirnya dapat menemui hakikat kebenaran asalnya penciptaan yg hebat ini, dan kebanyakan yg lain pula telah terpesong, engkar dan mungkir! Mereka tidak dapat menemui sejarah asal penciptaan sekalian makhluk ini. Pemikiran mereka menjadi bercelaru dan bingong seperti orang konyol. Mereka gagal untuk menyingkap rahsia diri mereka, padahal jika mereka berjaya menemuinya, tentulah mereka akan dapat mengenali betapa besar dan hebatnya Yang Maha Pencipta itu.

Dengan interaksi kesemua barang ciptaan itu terbentuk jugalah kejadian yg menghairankan, iaitu masa dan tempat. Dan terbentuk juga jiwa-jiwa makhluk yg menghairankan.. mampu berfikir dan mampu mempunyai kehendak dan keinginan.

Sunday, June 15, 2014