Sunday, October 30, 2011
Kerana Cinta
Pertama :
Kami ini sebenarnya memang sudah lapar benar. Tambahan pula di rumah kami sudah kehabisan barang-barang untuk dimasak. Jadi kami melakukan ini semuanya kerana perut kami.
Kedua :
Aku benar-benar takut kalau dipukul oleh ayahku. Ayahku itu seorang yang garang, kasar dan suka memukul anak-anaknya apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan walau pun hanya kesalahan kecil. Di rumah kami sudah siap tersedia sebatang kayu untuk menghukum kami. Jadi, kami lakukan itu semua kerana kami takut dihukum. Nanti bila bapakai sudah tua dan kami pula sudah besar dan kuat, tiadalah kami turuti kehendaknya lagi.
Ketiga :
Bapa kami itu seorang yang banyak wangnya dan pemurah. Dia pula suka memberi hadiah dan upah apabila kami membuat kebaikan. Kami harapkan dengan mengerjakan segala apa yang di suruhnya itu , kami akan di berinya hadiah yang banyak dan diberinya kami perbelanjaan untuk pelancungan kke negara-negara yang jauh dan menarik. Sudah lama kami ingin melawat ke kota-kota seperti Paris, New York dan London. Kalaulah kami ini orang-orang yang banyak wang atau harta, tentulah kami tidak perlu turuti kehendak bapa kami. Yang sebenarnya yang kami mahu ialah wangnya!
Dan keempat pula:
Kami ini adalah anak-anak yang sangat sayang kepada bapa kami. Kerana dialah kami berada didunia ini. Dialah yang telah memelihara kami sewaktu kami kecil hingga kami dewasa. Dia telah menyediakan segala-galanya yang kami perlukan seperti makanan, pakaian, rumah tempat tinggal, kenderaan untuk keperluan harian kami, perawatan doktor apabila kami sakit, segala peralatan dan berbelanjaan persekolahan kami, bekalan untuk kami ke sekolah berupa wang dan makanan.Segala keperluan kami, sehinggalah yang sekecil-kecilnya telah disediakan oleh bapa kami hinggakan kami tidak ada sebarang kerisauan lagi. Bapa kami itu pula sentiasalah mengambil tahu dan bertanya khabar kepada kami. Begitulah perhatian dan kasih sayangnya kepada kami semenjak kami di dalam kandungan ibu lagi. Tiadalah harapannya kepada kami daripada semua pemberiannya itu melainkan yang dimintanya ialah agar kami selalu ingat kepadanya dan jangalah menyakiti hatinya.
Tiadalah tempat pergantungan kami melainkan bapa kami. Dan tiadalah maknanya lagi hidup kami ini jika bapa kami sudah tiada lagi atau meninggalkan kami.
Kerana cinta sayang kami kepadanyalah maka kami melakukan apa sahaja yang menggembirakan hatinya. Segala suruhannya kami turuti. Dan kami sekali-kali tidak ingin berpisah dengannya, bahkan memandang wajahnya itulah kegembiraan hati kami.
Nah, wahai sahabat-sahabatku. Bukankah jauh sekali perbedaan alasan-alasan yang diberi oleh si anak tadi. Maka fikir-fikirkanlah!
Orang-orang Gila
Gila yang sebenarnya gila ialah orang yang terus menerus melakukan maksiat kepada Allah. Berhati-hatilah jangan jadi termasuk golongan orang -orang. Orang-orang gila itu orang yang telah hilang akalnya sedangkan dengan akal itulah manusia ini dapat membedakan yang baik dan yang buruk. Orang yang gila itu juga tidak dapat mempertimbangkan antara perintah dan larangan Allah. Kalau dia solat , solatlah dia sebagai orang gila mengerjakan solat. Mulutnya kumat-kamit, matanya melilau, pakaiannya busuk kotor, dirinya lekat dengan hadas. Manakan solat seperti ini dapat mikraj. Kalau diampunkan Allah pun sudah berbanyak syukur.
Untuk taat kepada Allah kita perlukan akal untuk belajar dan mencari jalan yang benar. Bacalah buku-buku yang ditulis oleh ulama' yang saleh dan berbincang dengan orang-orang yang saleh. Selalu memikirkan kesalahan dan kekurangan diri, menghisab diri apakah cukup bekalanmu untuk berkumpul dengan Tuhanmu. Allah yang Maha Pengasih sentiasa bersama kiata jika benar jujur hati ini ingin bertemu denganNya. Dia sentiasa berbicara dengan kita , hanya kita yang tidak menyedarinya.
Tuesday, October 25, 2011
Ikhlas
Sabda nabi Muhammad SAW yang maksudnya :
Ikhlaskan agamamu nescaya mencukupi amal yang sedikit.
Begitulah pesanan Nabi Muhammad SAW ketika baginda mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman.
Amal yang banyak tetapi bukan diniatkan kerana Allah atau bercampur kerana Allah dan kerana yang lain akan merosakkan amalmu itu. Amal yang sedikit pula tetapi benar-benar ikhlas dan bersih kerana ia dilakukan kerana Allah sahaja sangatlah tinggi nilainya di sisi Allah. Yang Allah mahu bukanlah harta benda yang diberikan kepada fakir miskin tetapi keikhlasanmu. Begitu juga yang Dia mahu bukanlan banyaknya rakaatmu tetapi ialah ingatan dan keikhlasanmu.
Tidak lain tujuan kami memberi kamu makanan ini melainkan kerana mengharapkan wajah Allah, bukan mengharapkan sebarang balasan dan bukan juga ucapan terimakasih ( Al Insan ayat 9 ).
Tiap-tiap yang ada di atas (bumi) itu akan bianasa , tetapi akan kekallah wajah Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maka nikmat Tuhan mu yang manakah kamu hendak dustakan? ( Al Rahman ayat 26-28 ).
Ingatlah wahai saudaraku, bahawa sebesar-besar nikmat yang akan dinikmati oleh penduduk surga ialah melihat wajah Allah Yang Maha Mulia. Dia Maha Indah, dariNya lah berasal segala yang indah. Orang yang sangat celakalah yang tidak diizinkan bertemu denganNya. Semoga dilindungi kita ini oleh Allah darinya....
Friday, October 21, 2011
Melihat Wajah Allah
Kemudian ketika penghuni surga telah masuk surga, Allah tabaraka wa taala berfirman:
Apakah kalian menginginkan sesuatu tambahan? mereka menjawab: Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami, bukankah engkau telah memasukkan kami ke dalam surga dan Engkau menyelamatkan kami dari api neraka? Kemudian Allah menyingkapkan hijabNya, maka tidak ada pemberian yang lebih mereka sukai dari memandang wajah Allah Azza wa Jalla. HR Muslim.
Dalam surah al Qiamah ayat 22-23 , Allah berfirman yang maksudnya : Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri. Kepada Rabbnyalah mereka melihat.
Inilah kebahagian yang paling manis yang akan dikecapi oleh penghuni surga, iaitu kenikmatan melihat wajah Allah yang tiada taranya lagi kelazatannya. Diantara begitu banyak kenikmatan yang terdapat di dalam surga, tiada satu pun yang dapat menandingi kenikmatan ini. Begitu nikmatnya hinggakan penghuni surga terlalai dari nikmat-nikmat yang lain.
Bagi orang-orang yang benar-benar beriman pula, apa yang mereka benar-benar harapkan ialah pertemuan dengan Allah yang akan terjadi sebentar setelah jiwa mereka meninggalkan tubuh kasar. Dan Insya Allah kita akan mencapainya, dengan jalan sabar, sabar dan solat dengan sepenuh konsentrasi. Apa yang Allah kehendaki tiada siapa yang dapat menghalangnya.
Dan dapatkanlah pertolongan dengan sabar dan solat, dan yang demikian itu sangatlah sukar kecuali pada orang-orang yang khusuk.
Wahai orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran, dan sentiasalah bersiap sedia mudah-mudahan kamu berjaya.
Semoga niat suci kita dimakbulkan Allah.
Ajal Kematian Tidak Ditangguhkan
Pada pandangan orang-orang yang tidak beriman, mereka percaya mereka telah berjaya menangguhkan kematian. Apatah lagi setelah kemajuan sains dan teknologi begitu berkembang maju. Teknik diagnosa penyakit dan ubat-ubatan menjadi lebih berkesan.
Bagi orang-orang mukmin pula mereka yakin bahawa umur setiap orang pada hakikatnya telah ditentukan oleh Allah. Usaha yang bagaimana giatnya tidak akan dapat merubah yang telah tertulis.
Dan Allah tidak sekali-kali akan menangguhkan ajal kematian apabila ia telah datang. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( al Munafiqun :11 )
Walaupun begitu, Allah menyuruh kita mendapatkan pertolongan dengan jalan sabar dan solat yaitu solat yang benar-benar khusyu.
Thursday, October 20, 2011
Setiap Hari Malaikat Naik Melapor Kepada Allah
Hadis ini di keluarkan oleh Al Bukhari dalam kitab solat, bab keutamaan solat asar. Al Bukhari juga menyebut hadis ini dalam kitab permulaan penciptaan, bab penuturan malaikat.
Yang di maksudkan dengan malaikat adalah malaikat hafazhah (penjaga) menurut sebagian besar ulama. Malaikat hafazhah akan naik setiap pagi dan petang untuk melaporkan apa yang kita buat. Alangkah malunya kita ini jika yang dilaporkan mereka adalah kita ketika itu sedang melakukan amalan-amalan yang buruk dan keji.
Hadis ini juga menggambarkan bagaimana Allah Yang Maha Besar sentiasa mengambil tahu apa yang kita lakukan setiap hari, padahal kita sering pula melupakanNya.
"Pada hari ketika Allah membangkitkan mereka semua, lalu Dia memberitahu kepada mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan, Allah menghitungnya sedang mereka melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu" , maksud ayat 6 surah al mujadilah.
Wednesday, October 19, 2011
Ingatlah Allah Selalu
Allah sangat suka diingati , Itulah yang Dia mahu dari kita. Solat pun untuk ingat padaNya. Bacaan wirid-wirid harian, doa dan bacaan selawat kesemuanya itu untuk ingat kepadaNya dan memujaNya. Kita ini hanyalah hamba-hamba yang lemah dan tidak berdaya.
Tiada daya dan kekuatan melainkan kepunyaan Allah jua. Orang-orang yang sombong dan membesar diri tidak akan dapat melepasi pintu-pintu langit sehingga unta dapat menembusi lubang jarum.
Kerja zirullah bukanlah hanya sewaktu solat, tetapi setiap waktu. Ketika berdiri, duduk dan baring kita disuruh ingat padaNya; dengan rasa , dengan konsentrasi. Mudah-mudahan dapat dicapai dengan giat berlatih dan kurnia dari Allah Yang Maha Pemberi.
Dengan demikian mudah-mudahan kita akan beruntung...
Tuesday, October 18, 2011
Orang Yang Allah SWT Bantu Dengan Ruh
Mudah-mudahan kita termasuk golongan orang yang beriman kerana mereka mendapat bantuan Allah SWT dengan Ruh daripadaNya. Mereka itulah anggota parti Allah SWT ( hizbullah ), dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Monday, October 17, 2011
Amal Yang Pertama Diperhitungkan
Oleh itu adalah sangat baik jika kita berusaha untuk membaiki konsentrasi ketika menegakkan solat. Tinggalkanlah ingatan-ingatan kepada yang lain melainkan kepada Yang Maha Pencipta sahaja, mudah-mudahan anda semua akan berbahagia.
Khusuk solat adalah sangat sukar dicapai dan ia memerlukan ilmu, Insya Allah.
Mencari Tuhan
Waktu itu aku masih kecil lagi,
Barangkali usiaku ketika itu sekitar 10-12 tahun.
Di waktu petang,
Aku melihat pada pohon-pohon di sekitar rumah kedua orang tuaku,
Juga ku renungi langit yang membiru,
Dengan tompok-tompok awan putih.
Cikgu di sekolah ada mengatakan,
Alam adalah bukti adanya Tuhan,
Yang telah menciptakannya.
Aku terus berfikir dan berfikir,
Terus berfikir,
Adakah aku benar-benar yakin ,
Kepada Allah yang telah menciptakan ini semua?
Adakah aku telah benar-benar yakin?
Atau masih ragu-ragu?
Dengan lain kata,
Belum benar-benar beriman kepada Allah?
Kalau begitu,
Aku dalam bahaya.
Aku yakin aku dalam bahaya.
Kalau aku mati di kala aku dalam keraguan itu,
mungkin aku tidak akan selamat.