Seorang bapa telah menyuruh anaknya ke pasar untuk membeli barang-barang seperti ikan, beras, sayur-sayuran dan lain-lain. Apabila dia ditanya: Hai anak, apa tujuanmu melakukan semua pekerjaan yang diperintahkan oleh bapamu itu? Apakah jawaban si anak tadi? Barang kali di antara jawabannya ialah seperti berikut.
Pertama :
Kami ini sebenarnya memang sudah lapar benar. Tambahan pula di rumah kami sudah kehabisan barang-barang untuk dimasak. Jadi kami melakukan ini semuanya kerana perut kami.
Kedua :
Aku benar-benar takut kalau dipukul oleh ayahku. Ayahku itu seorang yang garang, kasar dan suka memukul anak-anaknya apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan walau pun hanya kesalahan kecil. Di rumah kami sudah siap tersedia sebatang kayu untuk menghukum kami. Jadi, kami lakukan itu semua kerana kami takut dihukum. Nanti bila bapakai sudah tua dan kami pula sudah besar dan kuat, tiadalah kami turuti kehendaknya lagi.
Ketiga :
Bapa kami itu seorang yang banyak wangnya dan pemurah. Dia pula suka memberi hadiah dan upah apabila kami membuat kebaikan. Kami harapkan dengan mengerjakan segala apa yang di suruhnya itu , kami akan di berinya hadiah yang banyak dan diberinya kami perbelanjaan untuk pelancungan kke negara-negara yang jauh dan menarik. Sudah lama kami ingin melawat ke kota-kota seperti Paris, New York dan London. Kalaulah kami ini orang-orang yang banyak wang atau harta, tentulah kami tidak perlu turuti kehendak bapa kami. Yang sebenarnya yang kami mahu ialah wangnya!
Dan keempat pula:
Kami ini adalah anak-anak yang sangat sayang kepada bapa kami. Kerana dialah kami berada didunia ini. Dialah yang telah memelihara kami sewaktu kami kecil hingga kami dewasa. Dia telah menyediakan segala-galanya yang kami perlukan seperti makanan, pakaian, rumah tempat tinggal, kenderaan untuk keperluan harian kami, perawatan doktor apabila kami sakit, segala peralatan dan berbelanjaan persekolahan kami, bekalan untuk kami ke sekolah berupa wang dan makanan.Segala keperluan kami, sehinggalah yang sekecil-kecilnya telah disediakan oleh bapa kami hinggakan kami tidak ada sebarang kerisauan lagi. Bapa kami itu pula sentiasalah mengambil tahu dan bertanya khabar kepada kami. Begitulah perhatian dan kasih sayangnya kepada kami semenjak kami di dalam kandungan ibu lagi. Tiadalah harapannya kepada kami daripada semua pemberiannya itu melainkan yang dimintanya ialah agar kami selalu ingat kepadanya dan jangalah menyakiti hatinya.
Tiadalah tempat pergantungan kami melainkan bapa kami. Dan tiadalah maknanya lagi hidup kami ini jika bapa kami sudah tiada lagi atau meninggalkan kami.
Kerana cinta sayang kami kepadanyalah maka kami melakukan apa sahaja yang menggembirakan hatinya. Segala suruhannya kami turuti. Dan kami sekali-kali tidak ingin berpisah dengannya, bahkan memandang wajahnya itulah kegembiraan hati kami.
Nah, wahai sahabat-sahabatku. Bukankah jauh sekali perbedaan alasan-alasan yang diberi oleh si anak tadi. Maka fikir-fikirkanlah!
No comments:
Post a Comment