Tuesday, October 25, 2011

Ikhlas

Sabda nabi Muhammad SAW yang maksudnya :
Ikhlaskan agamamu nescaya mencukupi amal yang sedikit.

Begitulah pesanan Nabi Muhammad SAW ketika baginda mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman.
Amal yang banyak tetapi bukan diniatkan kerana Allah atau bercampur kerana Allah dan kerana yang lain akan merosakkan amalmu itu. Amal yang sedikit pula tetapi benar-benar ikhlas dan bersih kerana ia dilakukan kerana Allah sahaja sangatlah tinggi nilainya di sisi Allah. Yang Allah mahu bukanlah harta benda yang diberikan kepada fakir miskin tetapi keikhlasanmu. Begitu juga yang Dia mahu bukanlan banyaknya rakaatmu tetapi ialah ingatan dan keikhlasanmu.

Tidak lain tujuan kami memberi kamu makanan ini melainkan kerana mengharapkan wajah Allah, bukan mengharapkan sebarang balasan dan bukan juga ucapan terimakasih ( Al Insan ayat 9 ).

Tiap-tiap yang ada di atas (bumi) itu akan bianasa , tetapi akan kekallah wajah Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maka nikmat Tuhan mu yang manakah kamu hendak dustakan? ( Al Rahman ayat 26-28 ).

Ingatlah wahai saudaraku, bahawa sebesar-besar nikmat yang akan dinikmati oleh penduduk surga ialah melihat wajah Allah Yang Maha Mulia. Dia Maha Indah, dariNya lah berasal segala yang indah. Orang yang sangat celakalah yang tidak diizinkan bertemu denganNya. Semoga dilindungi kita ini oleh Allah darinya....

No comments:

Post a Comment