Surah Al-Mujadilah ayat 22 Yang bermaksud : Tidak mungkin engkau menemui sesuatu kaum yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan rasulNya . Sekalipun mereka itu bapa-bapa mereka, atau anak-anak atau saudara-saudara, ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan di dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan Roh daripadaNya. Dan mereka dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya berkeadaan kekal di dalamnya. Allah meredhai mereka dan mereka pula redha kepadaNya. Mereka itulah anggota parti Allah, ketahuilah sesungguhnya parti Allah itulah yang mendapat kejayaan.
Mudah-mudahan kita termasuk golongan orang yang beriman kerana mereka mendapat bantuan Allah SWT dengan Ruh daripadaNya. Mereka itulah anggota parti Allah SWT ( hizbullah ), dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
No comments:
Post a Comment